Content Builder

Bantuan akses

Semua yang anda perlukan untuk masuk ke Content Builder selepas membeli.

Saya baru membeli

  1. Selepas pembayaran berjaya, anda akan dibawa ke halaman Aktifkan akaun.
  2. Masukkan email yang sama seperti di borang pembayaran.
  3. Tetapkan kata laluan (sekurang-kurangnya 8 aksara). Akaun anda aktif serta-merta.

Saya sudah ada akaun

Log masuk dengan email dan kata laluan anda. Selepas 5 cubaan yang salah, log masuk dikunci selama 15 minit untuk keselamatan.

“Pembelian belum ditemui untuk email ini”

Lupa kata laluan

Hubungi sokongan melalui WhatsApp dengan email pembelian anda. Selepas pengesahan, kami akan menetapkan semula akaun anda supaya anda boleh mengaktifkannya semula dengan kata laluan baharu.

Di mana data saya disimpan?

Kempen, poster, brand kit dan kunci API Gemini anda disimpan dalam pelayar pada peranti anda, bukan di pelayan kami. Akaun ini hanya mengawal akses kepada aplikasi.

Untuk memindahkan kerja ke peranti lain, muat turun pakej projek (.cbpkg.zip) dalam aplikasi, kemudian import fail tersebut melalui halaman Tetapan di peranti baharu.